//Manusia Biasa :')

Bonjour!
Hey ! Good days to you!


Welcome to my . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!.

Status : Hi, Assalamualaikum. Do nice here :)


=1&bgcolor=ffffff&loadingcolor=ffc7ff&buttoncolor=ffc7ff&slidercolor=ffc7ff" />
Tagboard
Footprints here!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: RosShazuin

Apa Yang Ada Sebelum Allah?
Suatu pagi, Imam Abu Hanifah (ketika itu masih kanak kanak) mendapati tuan gurunya berada dalam keadaan sugul dan berdukacita. Beliau pun bertanya kan sebab-musababnya.

   Tuan Guru: ''Aku bermimpi melihat sebuah kebun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan menyondol serta memakan buah-buahan serta dedaun pohon tersebut sehingga habis. Yang tinggal hanya batangnya sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu menerkan babi itu dan membunuhnya.''
   Imam Abu Hanifah: ''Allah Taala telah mengajar saya ilmu takbir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya takbirkan.
   Tuan Guru: ''Takbirkanlah....!''
Imam Abu Hanifah: ''Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. babi yang muncul itu ialah si ateis itu, manakala harimau yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri!''
   Tuan Guru: ''Bagaimana pula kalau orang tanya siapa kamu?''
Imam Abu Hunifah: ''Katakanlah saja saya ini budak pembawa kasut tuan. Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hikmat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya!''
   Tuan Guru amat bergembira dengan kata kata Imam Abu Hanifah itu, lalu mereka bertolak bersama sama ke Masjid Jami'.
   Kemudian, khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana.
Si ateis itu datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya : ''Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?''
   Imam Abu Hanifah menjawab: ''Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya!''
Antara tiga soalan yang didebatkan ialah:
Pertama: Apa yang ada sebelum Allah ada?
Kedua:   Ke arah manakah Allah sedang menghadap sekarang?
Ketiga:   Apakah yang dilakukan Allah sekarang?

   Apa yang ada sebelum Allah?
Jawapan Imam Abu Hanifah:" Tiada sesuatu sebelum Allah. Buktinya ada pada anggota badanmu. Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tida sesuatu selepas-Nya.''
 
Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya?
Imam Abu Hanifah: ''Jika tuan menyalakan lampu pelita di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap?''
Ateis: ''Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru!''
Imam Abu Hanifah: ''
Kalau demikian halnya degan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Taala Pencipta langit dan bumi, sebab Dialah nur cahaya langit dan bumi!''
   
Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?
Imam Abu Hanifah: ''Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku berasa  di mimbar dan engkau pula di bawah!''
Si ateis pun turun, Imam Abu Hanifah pula naik ke atas mimbar. Setelah beliau duduk, si ateis itu pun bertanyakan soalan tadi.
Imam Abu Hanifah menjawab: ''
Inilah yang Allah Taala sedang lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan benar seperti aku dari bawah ke atas!''



                                                              

                                                                       
---The End---